Terma & Syarat

  1. Peraduan Eveready ‘We Are Family’ akan berlangsung dari 1 Ogos 2016 hingga 30 September​ ​2016 (“Tempoh Peraduan”). Energizer Malaysia SdnBhd (“Penganjur”) berhak untuk​ ​memendekkan atau memanjangkan Tempoh Peraduan tanpa memberi sebarang notis​ ​terlebih dahulu. Semua penyertaan yang diterima di luar Tempoh Peraduan akan dibatalkan​ ​secara automatik.
  2. Peraduan ini terbuka kepada semua penduduk Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas (pada​ ​1 Ogos 2016) kecuali kakitangan Penganjur dan ahli-ahli keluarga terdekat mereka, termasuk​ ​syarikat-syarikatgabungandan/atauberkaitan, pengedar-pengedar, agensi-agensi pengiklanan​ ​dan promosi pihak Penganjur.
  3. Penyertaan Peraduan:
    • Para peserta mestilah membeli mana-mana produk Eveready dan/atau Energizer yang​ ​bernilai RM10.00 dan ke atas dalam resit tunggal dari mana-mana pasar raya/kedai​ ​yang turut serta dalam Tempoh Peraduan. Setiap pembelian tersebut melayakkan​ ​peserta untuk menghantar satu (1) penyertaan pos ATAU satu (1) penyertaan​ ​melalui​ ​Internet.
    • Melalui pos/borang penyertaan:
      • Lengkapkan borang penyertaan dengan butiran peribadi.
      • Isikan carta keluarga dengan minimum dua (2) nama (peserta dan seorang lagi​ ​ahli keluarga).
      • Lampirkan resit tunggal asal (bertarikh dalam Tempoh Peraduan)​ ​dengan pembelian RM10.00 dan ke atas mana-mana produk Eveready dan/atau​ ​Energizer yang turut serta sebagai bukti pembelian.
      • Hantar penyertaan melalui pos biasa ke: Peraduan Eveready ‘We Are​ ​Family’, Peti Surat 3292, 47507 Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan.
      • Salinan fotostat borang penyertaan adalah dibenarkan. Peserta boleh​ ​menghantar seberapa banyak penyertaan tetapi setiap penyertaan mestilah​ ​disertakan dengan bukti pembelian yang ditetapkan. Bagi mengelakkan​ ​keraguan, setiap resit sah atau bukti pembelian layak untuk satu (1) penyertaan​ ​sahaja.
      • Bukti kiriman borang penyertaan tidak akan dianggap sebagai bukti​ ​penerimaan. Pihak Penganjur tidak akan bertanggungjawab ke atas penyertaan​ ​yang hilang, lewat atau tersilap alamat.
      • Penyertaan-penyertaan yang diterima melalui perkhidmatan kurier,​ ​penghantaran ekspres, penghantaran berdaftar dan/atau sebarang kaedah​ ​penghantaran yang lain selain daripada yang dinyatakan akan dibatalkan secara​ ​automatik.
      • Pihak Penganjur berhak membatalkan kelayakan peserta secara​ ​automatik bagi sebarang penyertaan yang tidak lengkap, sukar dibaca, rosak​ ​dan lewat atau penyertaan tanpa resit yang betul atau sah.
      ATAU
    • Melalui Internet:
      • Log masuk ke www.myeveready.com.
      • Lengkapkan borang Internet dengan butiran peribadi dan isikan carta keluarga​ ​dengan minimum dua (2) nama (peserta dan seorang lagi ahli keluarga).
      • Klik hantar.
      • Simpan resit bercetak tunggal dengan butiran resit yang sepadan​ ​dengan penyertaan Internet (bertarikh dalam Tempoh Peraduan) sebagai bukti​ ​pembelian. Bagi mengelakkan keraguan, setiap resit sah atau bukti pembelian​ ​layak untuk satu (1) penyertaan.
      • Peserta boleh menghantar seberapa banyak penyertaan tetapi setiap​ ​penyertaan​ ​Internet mestilah disertakan dengan bukti pembelian yang​ ​ditetapkan.
      • Carta keluarga yang dihantar akan ditapis terlebih dahulu oleh pihak​ ​Penganjur​ ​sebelum diterbitkan di laman web. Setiap penapisan mengambil​ ​masa minimum 24 jam untuk gambar yang dimuat naik untuk diterbitkan di​ ​laman web. Sila maklum bahawa semua muat naik yang dibuat pada hujung​ ​minggu harus diberikan minimum 24 jam bermula pukul 9 pagi pada hari​ ​berkerja seterusnya. Sila maklum bahawa masa kawalan mungkin mengambil​ ​masa lebih daripada 24 jam disebabkan oleh jumlah penyertaan yang tinggi.​ ​Apabila versi ringkas carta keluarga yang dimuat naik diterbitkan di laman web,​ ​pengguna laman web yang lain akan berpeluang melihatnya.
      • Pihak Penganjur dan syarikat-syarikat yang terlibat dalam Peraduan ini​ ​tidak akan dipertanggungjawabkan untuk sebarang kelewatan, kegagalan​ ​penghantaran dan/atau gangguan penghantaran​ ​Internet sepanjang Peraduan​ ​ini.
    • Hanya resit-resit bercetak asal dengan butiran produk yang jelas akan diterima. Salinan resit dan resit cetak semula tidak akan diterima. Pihak Penganjur berhak untuk membatalkan resit-resit yang sukar dibaca, rosak dan diubah.
  4. Cara pemilihan pemenang:
    • Satu (1) Hadiah Utama , Satu (1) Hadiah Pertama dan 20 Hadiah-hadiah Lain (“Hadiah Keseluruhan”):
      • Para pemenang Hadiah Keseluruhan yang layak ditentukan oleh jumlah​ ​penyertaan layak yang diterima sepanjang Tempoh Peraduan dan​ ​dibahagikan dengan 21.5, sebagai contoh: jika terdapat sebanyak 21,509​ ​penyertaan layak diterima, nombor ini akan dibahagikan dengan 21.5 dan​ ​dibundarkan kepada nombor bulat paling dekat yang lebih rendah, iaitu​ ​1,000. Maka penyertaan layak ke-1,000, ke-2,000, ke-3,000 dan seterusnya​ ​masing-masing akan disenarai pendekkan. Jika penyertaan yang disenarai​ ​pendek dibatalkan kelayakannya, maka penyertaan seterusnya yang​ ​terdahulu akan menjadi pemenang ganti yang layak, sebagai contoh:​ ​pemenang ganti untuk penyertaan layak ke-1,000 adalah penyertaan layak​ ​ke-999.
      • Dua puluh satu (21) Pemenang yang disenarai pendek akan dijemput ke​ ​Lembah Klang untuk menyertai satu siri permainan bagi menentukan​ ​penerima Hadiah Pertama. Peserta yang bakal menjadi Pemenang Hadiah​ ​Pertama akan berpeluang menyertai satu lagi acara untuk menjadi​ ​Pemenang Hadiah Utama. Jika Pemenang memenangi Hadiah Utama,​ ​Hadiah Pertama akan dibatalkan. Jika Pemenang tidak memenangi Hadiah​ ​Utama, Pemenang tersebut akan diberikan Hadiah Pertama dan Hadiah​ ​Utama akan dibatalkan.. Semua kos perjalanan dan sebarang perbelanjaan​ ​dalam menyertai acara ini akan ditanggung oleh peserta. Semua peserta​ ​dikehendaki untuk menandatangani surat pelepasan dengan pihak​ ​Penganjur sebelum menyertai acara, dan sekiranya gagal, peserta tersebut​ ​akan dibatalkan kelayakkannya.
    • Hadiah Bonus x 1:
      • Pemenang Hadiah Bonus yang layak ak an ditentukan oleh penyertaan layak​ ​​yang diterima sepanjangTempoh Peraduan dengan bilangan terbesar ahli​ ​keluarga (bilangan mengikut jumlah ahli yang masih hidup) yang diisikan​ ​dalam carta keluarga.
      • Pihak Penganjur akan meminta peserta untuk mengemukakan dan​ ​menyerahkan dokumen-dokumen pengenalan ahli-ahli keluarga terpilih​ ​untuk tujuan pengesahan. Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan​ ​pembatalan kelayakan peserta tersebut dan pihak Penganjur berhak untuk​ ​membatalkan kemenangan dan mengganti Pemenang lain.
    • Para pemenang yang layak akan dihubungi melalui telefon dan diwajibkan​ ​menjawab satu soalan dengan betul sebelum boleh disahkan sebagai pemenang.​ ​​Sekiranya peserta tidak dapat dihubungi pada cubaan pertama, contohnya, tidak​ ​menjawab telefon, nombor telefon tiada dalam perkhidmatan, tiada sambungan,​ ​dan lain-lain, tiga (3) cubaan lain akan dibuat lagi dalam tempoh 24 jam yang​ ​​berikutnya selepas cubaan pertama. Sekiranya percubaan-percubaan ini tidak​ ​berhasil, pihak Penganjur berhak untuk memilih pemenang layak seterusnya.​ ​Pihak Penganjur tidak akan bertanggungjawab sekiranya peserta-peserta tidak​ ​dapat dihubungi atas sebarang sebab. Sekiranya peserta gagal menjawab soalan​ ​dengan betul, pihak Penganjur berhak untuk membatalkan kelayakannya dan​ ​​memilih peserta seterusnya sebagai pemenang.
    • Para Pemenang yang layak melalui penyertaan Internet dikehendaki untuk​ ​menghantar butiran melalui Pos Laju/kurier termasuklah semua resit bercetak​ ​asal (dengan butiran resit yang sepadan dengan semua penyertaan Internet)​ ​berserta salinan kad pengenalan dalam tempoh tiga (3) hari bekerja selepas tarikh​ ​pemberitahuan sebagai pengesahan bukti pembelian. Sekiranya gagal, pihak​ ​Penganjur berhak untuk membatalkan kelayakan peserta yang layak dan memilih​ ​peserta layak seterusnya sebagai Pemenang. Sebarang kos yang terlibat dalam​ ​​penghantaran ini perlu ditanggung sendiri oleh peserta yang layak. Bukti kiriman​ ​penghantaran tidak akan dianggap sebagai bukti penerimaan. Pihak Penganjur​ ​tidak akan bertanggungjawab ke atas penghantaran yang hilang, lewat atau​ ​tersilap alamat.
  5. Hadiah-hadiah Peraduan:
    • Satu (1) Hadiah Utama: Sebuah unit kondo bernilai RM340,000.
    • Satu (1) Hadiah Pertama: Proton Saga 1.3 Plus CVT Auto bernilai RM34,526.58.
    • Dua puluh (20) Hadiah-hadiah Lain: Baucar percutian keluarga bernilai RM6,000 x​ ​1, Suzuki Shogun Axelo-S bernilai RM5,728.00 x 1, Suzuki Nex scooter bernilai​ ​RM4,568 x 1, Baucar percutian keluarga bernilai RM4,000 x 1, Peti Sejuk Sharp x 1,​ ​iPhone 6S Plus 16GB x 1, TV Smart 49in UHD LED LG x 1, Mesin Basuh Samsung x​ ​1, Pengadun Berdiri Kenwood x 1, TV Smart 43in Full HD LED LG x 1, Ketuhar​ ​Perolakan Samsung x 1, Pembersih Vakum Dyson x 1, GoPro Hero4 x 1, Penyaman​ ​Udara Samsung x 1, iPad mini 16GB x 1, TV 40in Full HD LED Samsung x 1,​ ​Pembersih Vakum Electrolux x 1, Sistem Teater Rumah Blu Ray Samsung x 1,​ ​Pembersih Udara Sharp x 1 dan Baucar percutian keluarga bernilai RM1,000 x 1.
    • Hadiah Bonus x 1: Kenduri untuk keluarga dan rakan-rakan (sehingga 100 orang)​ ​bernilai sehingga maksimum RM72,000.00.
    • Hadiah Utama merupakan sebuah unit kondo bernilai RM340,000 Hadiah Utama​ ​tidak termasuk duti setem, kos perundangan, insurans dan sebarang kos lain yang​ ​berkenaan, yang mana kos-kos tersebut ditanggung sepenuhnya oleh Pemenang.​ ​Sekiranya unit kondo tersebut tidak tersedia pada masa pengumuman,​ ​​​pemenang akan menerima wangtunai RM340,000.
    • Kereta dan motosikal tidak termasuk insurans, kos pendaftaran, cukai jalan dan​ ​sebarang kos lain yang berkenaan, di mana kos-kos tersebut akan ditanggung oleh​ ​Pemenang. Pihak Penganjur berhak menukar warna kereta dan motosikal ke​ ​warna yang lain.
    • Pemenang baucar percutian keluarga hendaklah ditebus daripada agensi​ ​pelancongan yang ditetapkan oleh pihak Penganjur. Sekiranya kos percutian​ ​​melebihi jumlah yang dinyatakan, kos tambahan akan ditanggung oleh pemenang.​ ​Sekiranya kos percutian kurang daripada jumlah yang dinyatakan, perbezaan kos​ ​akan dibatalkan dan tidak dikembalikan kepada pemenang. Kos dokumen​ ​perjalanan, insurans peribadi dan sebarang perbelanjaan lain ditanggung oleh​ ​pemenang. Terma dan syarat agensi pelancongan mesti dipatuhi. Baucar​ ​percutian sah sehingga 31 Mac 2017. Sekiranya pemenang tidak dapat melancong​ ​atas sebarang sebab,hadiah tersebut akan dilupuskan. Penganjur tidak akan​ ​membayar ganti rugi kepada Pemenang kerana kegagalan atau ketidakupayaan​ ​untuk melancong.
    • Peralatan elektrikal dan elektronik akan diberikan dalam bentuk baucar tunai​ ​daripada kedai yang terpilih dalam jumlah yang sama dengan nilai peralatan pada​ ​masa percetakan borang penyertaan ini.
    • Setiap peserta hanya layak untuk memenangi satu (1) Hadiah Keseluruhan dan​ ​satu (1) Hadiah Bonus sahaja sepanjang Tempoh Peraduan.
    • Kesemua hadiah mesti dituntut atas perbelanjaan sendiri dalam tempoh enam​ ​puluh (60) hari selepas tarikh pemberitahuan kemenangan hadiah. Hadiah-hadiah​ ​yang gagal dituntut enam puluh (60) hari selepas tarikh pemberitahuan​ ​kemenangan hadiah akan dilupuskan oleh Pihak Penganjur.
    • Pihak Penganjur berhak atas budi bicara mutlaknya untuk menggantikan mana​-​mana hadiah dengan hadiah-hadiah lain yang sama nilainya pada bila-bila masa​ ​tanpa sebarang notis. Semua hadiah tidak boleh ditukar milik, tidak boleh​ ​dikembalikan dan tidak boleh ditukar untuk wang tunai atau apa-apa format atas​ ​sebarang sebab. Nilai hadiah adalah betul pada masa pencetakan. Semua hadiah​ ​diberikan dalam ​'keadaan sedia ada​'​.
    • Para pemenang akan diumumkan oleh pihak Penganjur di​ ​www.facebook/evereadymy.
  6. Para pemenang akan menanggung liabiliti dan tanggungjawab sepenuhnya jika​ ​berlaku​ ​sebarang kemalangan, kecederaan, kerosakan atau tuntutan akibat​ ​penyertaan dalam​ ​Peraduan ini.
  7. Dengan menyertai Peraduan ini, peserta bersetuju memberi keizinan untuk memberi​ ​maklumat peribadinya dan Pihak Penganjur berhak menyiarkan, menggunakan nama​ ​dan/atau gambar pemenang serta penyertaan mereka untuk tujuan publisiti, pengiklanan​ ​dan/atau perdagangan tanpa sebarang bayaran pampasan mahupun pemberitahuan dan​ ​setiap peserta tidak berhak membuat sebarang tuntutan ke atas penggunaan penyertaan​ ​tersebut oleh Pihak Penganjur.
  8. Pihak Penganjur mengumpul maklumat peribadi yang boleh dikenal pasti untuk memberi​ ​perkhidmatan-perkhidmatan atau untuk berhubung dengan peserta. Maklumat ini disimpan​ ​oleh Pihak Penganjur dalam kaedah yang sesuai dengan data tersebut dan digunakan untuk​ ​memenuhi permintaan peserta. Dengan mengemukakan maklumat peribadi peserta, pihak​ ​Penganjur menganggap bahawa keizinan telah diberi kepada Pihak Penganjur dan/atau agen-agen yang dilantik olehnya untuk menggunakan maklumat ini untuk tujuan pemasaran dan​ ​promosi yang kini dan di masa hadapan serta untuk menambahbaikan produk-produk dan​ ​perkhidmatannya. Sekiranya peserta memaklumkan Pihak Penganjur melalui talian​ ​pelanggannya di 03-5624 3488 atau cst.msia@energizer.com bahawa maklumat tersebut​ ​tidak patut digunakan sebagai asas untuk hubungan seterusnya, Pihak Penganjur akan​ ​menghormati permintaan peserta. Maklumat peserta tidak akan diberi atau dikongsi dengan​ ​syarikat-syarikat/rakan kongsi lain untuk kegunaan bebas mereka.
  9. Dengan menyertai Peraduan ini, setiap peserta harus bersetuju untuk mematuhi Syarat-Syarat dan Peraturan rasmi yang ditetapkan serta segala keputusan muktamad Pihak​ ​Penganjur.
  10. Pihak Penganjur berhak untuk meminda, membatal atau mengubahsuai Terma dan Syarat Peraduan ini tanpa memberi sebarang notis terlebih dahulu dan para peserta dianggap telah bersetuju dengan segala perubahan tersebut.
  11. Keputusan para pengadil adalah muktamad. Sebarang surat-menyurat tidak akan​ ​dilayan.
  12. Terma dan Syarat Peraduan disediakan dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia. Sekiranya​ ​terdapat percanggahan di antara versi-versi tersebut, Terma dan Syarat versi Bahasa Inggeris​ ​akan diguna pakai (layari myeveready.com untuk terma dan syarat versi Bahasa Inggeris).
  13. Peserta bersetuju secara muktamad untuk mengetepikan dan melepaskan pihak Penganjur​ ​daripada sebarang kehilangan atau kerosakan yang mungkin dialami atau ditanggung oleh​ ​peserta akibat daripada apa-apa tindakan atau peninggalan pihak Penganjur atau berhubung​ ​dengan atau menurut penyertaan peserta.
  14. Peserta dengan ini bersetuju untuk memberi jaminan ganti rugi dan melepaskan pihak​ ​Penganjur, sekutunya, dan setiap daripada pengarah, pemegang saham, pekerja, rakan​ ​kongsi, agen, kontraktor, pembekal dan wakil-wakil mereka daripada segala kerugian,​ ​kerosakan, tuntutan, liabiliti, perbelanjaan atau kos yang timbul daripada atau berkaitan​ ​dengan penyertaan peserta.
  15. Terma dan syarat ini akan ditadbir oleh undang-undang Malaysia dan peserta bersetuju untuk​ ​menyerahkan kepada bidang kuasa eksklusif mahkamah Malaysia. Sekiranya terdapat​ ​pertikaian yang timbul di bawah ini, pertikaian tersebut akan diselesaikan oleh mana-mana​ ​mahkamah yang mempunyai bidang kuasa di Malaysia.
  16. Peserta tidak boleh menggunakan perkhidmatan Internet dalam apa-apa cara yang​ ​menyebabkan, atau boleh menyebabkan, kerosakan kepada perkhidmatan Internet atau​ ​menggangu ketersediaan atau kemudahan perkhidmatan Internet; atau dalam apa-apa cara​ ​yang menyalahi undang-undang, tidak sah, palsu atau berbahaya, atau berkaitan dengan apa-apa tujuan yang atau aktiviti yang menyalahi undang-undang, tidak sah, palsu atau​ ​berbahaya. Peserta berjanji bahawa ia mempunyai semua hak yang diperlukan dan hak milik​ ​kepada semua kandungan yang diserahkan kepada pihak Penganjur.
  17. Peserta memberikan hak kepada pihak Penganjur lesen seluruh dunia, tidak boleh dibatalkan,​ ​bukan eksklusif, bebas royalti untuk menggunakan, mengeluarkan semula, menyesuaikan,​ ​menerbitkan, menterjemah dan mengedarkan apa-apa bahan (termasuk tanpa had teks, imej,​ ​bahan audio, bahan video dan bahan audio-visual) yang dikemukakan peserta, untuk apa jua​ ​tujuan (​"Kandungan Pengguna​") dalam apa-apa cara sebagaimana yang dianggap sesuai oleh​ ​pihak Penganjur. Peserta dengan sepenuhnya bertanggungjawab terhadap sebarang dan​ ​semua kandungan yang diserahkan kepada Penganjur dan peserta akan bertanggungjawab ke​ ​atas apa-apa kecederaan atau kerosakan yang disebabkan oleh kandungan tersebut. Peserta​ ​juga bersetuju bahawa pihak Penganjur bebas daripada menanggung rugi daripada dan​ ​terhadap semua tindakan, tindakan undang-undang, tuntutan atau permintaan, prosiding,​ ​kerugian, kerosakan, pampasan, kos (termasuk kos perundangan), caj dan perbelanjaan di​ ​mana pihak Penganjur mungkin atau akan ditanggung berkenaan dengan apa-apa​ ​kandungan​ ​yang diserahkan.